Langkau ke kandungan utama

18 Ogos 2024, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Jalur Gemilang 2024 peringkat daerah Johor Bahru telah diadakan di Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang merangkap Pegawai Daerah Johor Bahru.

Majlis memperlihatkan gimik pelancaran serta sesi ‘flag off’ dan pemasangan Jalur Gemilang di kenderaan jabatan dan peserta konvoi. Sebanyak 106 buah kenderaan terlibat dalam konvoi yang melibatkan 2 buah motosikal Penguatkuasa MBPG, 20 buah motosikal, 16 buah kenderaan jabatan-jabatan daerah dan Majlis Bandaraya, 26 buah kenderaan jemputan agensi Pasir Gudang, 24 buah kenderaan JKPZ, sebuah ambulans Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan kenderaan PDRM yang menjadi pengiring bagi kenderaan terakhir dalam sesi perarakan ini. Turut hadir dalam majlis pelancaran Yang Berhormat Tuan Haji Baharudin bin Mohamed Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri Zon Permas.