Langkau ke kandungan utama

14 Mei 2024, Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Bahagian Audit Dalam dan Integriti telah melaksanakan Ceramah “Gangguan Seksual” bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor.

Ceramah telah disampaikan oleh Puan Enny Suhailis binti Suleiman, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor dan telah disertai oleh 70 orang warga kerja dari setiap Jabatan, Bahagian dan Unit MBPG. Program dilaksanakan bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga kerja terhadap maksud gangguan seksual, kesan terhadap mangsa, serta tindakan sewajarnya yang perlu diambil jika berhadapan dengan gangguan seksual. 
Majlis Bandaraya Pasir Gudang mengucapkan terima kasih di atas kesudian pihak Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor melaksanakan ceramah serta membuat perkongsian kepada warga kerja MBPG pada hari ini.

https://www.mbpg.gov.my/ms/mbpg/pusat-media/galeri/ceramah-gangguan-seksual-bersama-jabatan-pembangunan-wanita-negeri-johor