Skip to main content

Selaku Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya Pasir Gudang berperanan dalam membangunkan Pasir Gudang sebagai kawasan perindustrian dan penempatan terpenting di Selatan Semenanjung Malaysia.Majlis Bandaraya Pasir Gudang juga bertanggungjawab mempercepatkan dan mengawal pembangunan Pasir Gudang mengikut piawaian yang ditetapkan

 Matlamat Pusat Setempat 
 Matlamat penubuhan Pusat Setempat ini adalah untuk memendekkan norma masa memproses permohonan secara serentak cadangan pemajuan sekaligus meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses cadangan pemajuan di Pihak Berkuasa Tempatan.
 Objektif Pusat Setempat 
  
  1. Menyelaras dan mempercepatkan proses kelulusan permohonan pembangunan tanah di Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang meliputi permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan lain;
  2. Memendekkkan norma masa dan memudah cara proses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan perakuan permohonan pembangunan tanah bagi projek di bawah konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan dalam tempoh empat (4)bulan dan di bawah konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh enam (6) bulan ; dan
  3. Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan-permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 56), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 ( Akta 172) dan Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133).
 Peranan Pusat Setempat
 Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan tanah melalui Pusat Setempat yang diperluaskan fungsinya, Pemohon tidak perlu pergi dari satu jabatan ke satu jabatan lain untuk mendapatkan kelulusan permohonan. Secara tidak langsung ini akan memudahkan orang ramai dan mempercepatkan proses.
 Peranan Pusat Setempat
  
  1. Menyelaras dan memproses permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan permohonan pembangunan tanah di bawah peruntukan seksyen 124A dan 204D KTN;
  2. Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan kepada pemohon.
  3. Membuat perakuan permohonan tanah kepada Pejabat Tanah; dan
  4. Menyediakan laporan status permohonan.
 OSC Pra-Perundingan
  
  1. Pihak OSC akan menerangkan kepada pihak pemaju yang ingin mengemukan pelan pemajuan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang dan KPKT sebelum penyerahan dibuat.
  2. Pihak OSC akan memberikan senarai semak tentang keperluan pemajuan beserta panduan penyerahan dan spefikasi pelan yang ditetapkan.
  3. Borang-borang seperti yang dinyatakan dalam buku panduan OSC perlu di isi oleh pemaju dengan panduan pegawai yang terlibat.
 Agensi - Agensi Yang Terlibat
  

JABATAN DALAMAN (MBPG)

  1. Jabatan Perancang Bandar
  2. Jabatan Kejuruteraan
  3. Bahagian Kesihatan
  4. Jabatan Landskap
  5. Jabatan Bangunan

 

JABATAN LUARAN :

  1. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  2. Telekom Malaysia Berhad (TM)
  3. Syarikat Air Johor (SAJ)
  4. Jabatan Kerja Raya (JKR)
  5. Jabatan Perparitan & Saliran (JPS)
  6. Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  7. Jabatan Perancang Bandar dan Desa(JPBD)
  8. Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru (PTD)
  9. Jabatan Mineral & Geosains (JMG)
  10. Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM)
  11. Indah Water Konsortium (IWK)
  12. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
  13. Jabatan Laut Wilayah SelatanJabatan Mineral Geosains

 

TANGGUNGJAWAB :

  1. Ketua Jabatan Perancang dan Pembangunan adalah bertanggungjawab di atas pengendalian proses OSC.
  2. Penolong Pegawai Perancang, Juruteknik Awam, Juruteknik Perancang Bandar dan Pembantu Tadbir adalah bertanggungjawab di dalam mengawal pelan-pelan, dokumen-dokumen dan lain-lain yang berkaitan.
 Urus Setia Pusat Setempat
 Urusetia pusat setempat hendaklah terdiri daripada Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Bahagian Perancangan di Pihak Berkuasa Tempatan. Terdapat 3 alternatif bagi cadangan struktur organisasi Urus Setia Pusat Setempat iaitu :
  
  1. Struktur organisasi bagi PBT bertaraf bandaraya / perbandaran.
  2. Struktur organisasi bagi PBT bertaraf daerah yang berkemampuan dan
  3. Struktur organisasi bagi PBT bertaraf daerah yang kurang berkampuan.
 Urus Setia Pusat Setempat
 Fungsi Urus Setia adalah seperti berikut :
  
  1. Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan dengan merujuk senarai semak permohonan;
  2. Meneliti permohonan yang diterima memenuhi kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
  3. Membuat edaran permohonan cadangan pemajuan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk memproses dan jabatan / agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan;
  4. Memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kepada jabatan / agensi teknikal ;
  5. Mendapatkan maklum balas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat apa-apa isu dan masalah;
  6. Menyelaras dan mengedarkan kertas kerja cadangan pemajuan berserta pelan pra-perhitungan untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Pusat Setempat;
  7. Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh, memastikan mesyuarat diadakan dua (2) kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat serta maklum balas untuk edaran ;
  8. Mengumpul kertas perakuan untuk diangkat ke mesyuarat Majlis Penuh Pihak Berkuasa Tempatan; dan
  9. Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon.
 Urus Setia Pusat Setempat akan menerima, menyemak dan menyelaras permohonan berdasarkan kepada senarai semak seperti berikut :
  
  1. Senarai semak Permohonan Pembangunan Tanah (Pecah tanah, ubahsyarat dan Cantuman tanah).
  2. Senarai Semak Permohonan Kebenaran Merancang; dan
  3. Senarai Semak Pelan Bangunan.
  4. Senarai Semak Pelan Kejuruteraan.
  5. Senarai Semak Pelan Landskap
 Ringkasan Prosedur
  

[[{"fid":"1110","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"field_deltas":{"1":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default","data-delta":"1"}}]]

 Prosedur
  Menerima Permohonan Masuk daripada PSP
  1. Menerima semua jenis pelan pembangunan mengikut keperluan pemajuan yang lengkap dengan tandantangan pemilik daripada PSP yang bertauliah seperti berikut :
  2. - Pelan Permohonan Kebenaran Merancang.
    - Pelan Permohonan Bangunan.
    - Pelan Permohonan Kejuruteraan.
    - Pelan Permohonan Landskap.
  3. PSP perlu mematuhi senarai semak dan keperluan jabatan teknikal serta mengikut jenis permohonan. Seorang PSP adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan projek dari hari penyerahan pelan kepada PBT sehingga kepada penyempurnaannya.
  4. Mendaftarkan memfailkan permohonan mengikut nombor turutan OSC.
  5. Unit OSC adalah bertanggungjawab terhadap perjalanan proses permohonan dari tarikh penyerahan pelan kepada unit OSC sehingga diluluskan untuk tindakan selanjutnya.

Portal OSC
  1. Menggunakan portal OSC untuk pemakluman kepada KPKT dan di pantau sepenuhnya oleh KPKT.
  2. Maklumat yang akan dimasukkan adalah jenis permohonan, jabatan tenikal yang berkaitan, mengemaskini ulasan agensi, mengeluarkan data untuk tindakan.

Agihan ke Jabatan Teknikal
  1. Pelan – pelan akan diedarkan ke Jabatan –Jabatan Teknikal ( seperti yang dinyatakan dalam definisi ) untuk semakan berdasarkan kepada keperluan teknikal suatu jabatan tersebut sebelum sebarang kelulusan atau penolakan dibuat.
  2. Bahagian OSC akan membuat pengedaran pelan atau dokumen ke jabatan – jabatan teknikal dalam tempoh 1 hari atau 2 hari dari tarikh penyerahannya kepada kaunter OSC.

Mesyuarat OSC
  1. Mesyuarat OSC melibatkan perbincangan pihak OSC dengan jabatan – jabatan teknikal dalam dan luaran yang terlibat.
  2. Mesyuarat ini diadakan sebanyak 2 kali dalam masa sebulan.
  3. Sebarang keputusan berkenaan projek akan diputuskan dan akan diumumkan kepada pihak PSP untuk sebarang tindakan.

Keputusan Mesyuarat OSC
  1. Terdapat empat (4 ) jenis kategori keputusan iaitu lulus, tangguh , lulus bersyarat dan tolak.
  2. Sebarang keputusan berkenaan projek akan diputuskan dan akan diumumkan kepada pihak PSP untuk sebarang tindakan.
  3. Permohonan yang ditolak akan dirujuk kembali kepada pihak PSP untuk sebarang tindakan.
  4. Permohonan yang diluluskan akan dibawa ke proses seterusnya.