FUNGSI UTAMA JABATAN ;
a. Bahagian Kesejahteraan Komuniti berfungsi memberikan perkhidmatan kemasyarakatan dan urus setia aktiviti sukan.
b. Bahagian Perpustakaan Awam Pasir Gudang berfungsi merancang dalam pengurusan pembinaan koleksi perpustakaan.
c. Bahagian Pelancongan melalui Unit Sarang Buaya bertanggungjawab dalam menjaga aset hidup.
d. Unit Muzium Layang-Layang berfungsi sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan permainan tradisional wau dan layang-layang kepada semua lapisan umur manakala Pasir Gudang Kraf (Seramik) berfungsi mengeluarkan barangan yang berasaskan seramik berupa cenderahati dan hiasan dengan corak kaligrafi Khat dan batik.