LAWATAN PENANDAARASAN BANDAR PINTAR DAN BANDAR RENDAH KARBON MBPG KE PERBADANAN PUTRAJAYA
30 April 2025, Delegasi MBPG yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang, telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perbadanan Putrajaya bagi meninjau pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon di Putrajaya.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh pengetahuan dan perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan elemen bandar pintar yang merangkumi infrastruktur digital, sistem pemantauan pintar, pengangkutan bersepadu, pengurusan tenaga hijau serta teknologi rendah karbon yang digunakan di Putrajaya.