Langkau ke kandungan utama

FUNGSI UTAMA JABATAN ;

Jabatan ini bertanggung jawab menguruskan hal-hal pentadbiran dan pengurusan sumber manusia.

Bahagian Pentadbiran menguruskan kemudahan pejabat seperti pengurusan kenderaan rasmi, peralatan alatulis, pengurusan persuratan, pengurusan mesyuarat, persiapan jamuan dan banquet majlis rasmi, tempahan pakaian rasmi, tempahan hotel, keselamatan pejabat dan kebajikan kesihatan seperti insuran dan kemudahan klinik.

 

Bahagian Sumber Manusia bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan dasar serta prosedur perjawatan meliputi pembangunan dan penstrukturan organisasi, pelantikan dan penempatan, perkhidmatan dan emolumen, pembangunan kerjaya dan prestasi, pembangunan modal insan, pertukaran pegawai, kebajikan, kaunseling dan persaraan.