Langkau ke kandungan utama

6 Ogos 2025, MBPG dan pihak CSR Mewaholeo Industries Sdn Bhd berkolabrasi dengan Sekolah Seni Malaysia Johor telah menganjurkan Program Pembuatan Mudball dengan slogan sesi bengkel “Hidupkan Lumpur, Pulihkan Alam” pada 6 Ogos 2025. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan pentingnya penjagaan alam sekitar terutamanya memelihara kebersihan sungai di kawasan Pasir Gudang.

Sesi perkongsian ilmu kesedaran alam sekitar disampaikan oleh Dr. Hajah Norlina Binti Muhammad, Penyelaras Bandar Rendah Karbon MBPG dan taklimat ringkas inisiatif pembuatan Mudball dan impaknya terhadap alam sekitar oleh Puan A.S Nor Farhana Liana Binti Ibrahim, Pegawai Kesihatan Persekitaran MBPG.

Sesi diteruskan dengan bengkel pembuatan Mudball bersama pelajar Sekolah Seni Johor Malaysia (SSeMJ) dan 20 orang kakitangan Mewaholeo Industries Sdn Bhd dan diakhiri dengan sesi penanaman anak pokok di Taman Herba SSeMJ.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada budaya cintakan alam sekitar serta mewujudkan persekitaran yang lebih lestari di Pasir Gudang.

PROGRAM MUDBALL THUMBNAIL