Langkau ke kandungan utama

7 Ogos 2025, MBPG dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang (YPG) terus komited dalam memperkasa kesejahteraan sosial melalui penganjuran Program Ziarah Kasih di sekitar Taman Kota Masai.

Ziarah dimulakan di rumah Puan Noridah binti Aziz, pesakit jantung yang menetap di Jalan Ciku 19, diikuti dengan kunjungan ke kediaman pesakit lain:

• Encik Rafdlin bin Baharudin – strok 

• Puan Yenny Efriza binti Junadi – kanser payudara 

• Puan Zulaiah binti Hassim – strok

Setiap keluarga menerima sumbangan barangan keperluan asas serta bantuan kewangan, termasuk sumbangan tunai RM300.00 daripada Yayasan Pasir Gudang.

Program ini mencerminkan iltizam MBPG untuk terus mendekati komuniti dengan penuh keprihatinan dan menyantuni mereka yang diuji dengan cabaran kesihatan dan kehidupan.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung, serta memberi semangat baharu kepada mereka untuk terus tabah menghadapi ujian hidup.

MBPG SANTUNI KOMUNITI: ZIARAH PESAKIT KRONIK DI KOTA MASAI