15 Januari 2025, Lawatan penandaarasan MBPG yang diketuai oleh YB. Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Dato' Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang ke Tapak Pelupusan Sampah Teluk Mengkudu (TPSTM), Manjung, Perak bertujuan sebagai mempelajari teknologi baharu iaitu WTE (Waste to Energy) bersama dengan teknologi sokongan yang berkaitan untuk pengurusan sampah secara bersepadu serta kaedah pengurusan sampah yang lebih mampan.
Teknologi WTE-Anaerobic Digestion ini merupakan salah satu kaedah terbaik yang boleh diterima pakai oleh Malaysia bagi pengurusan dan pelupusan sisa pepejal. Pendedahan mengenai perancangan pelaksanaan projek WTE ini memberikan panduan yang berguna untuk perancangan pembangunan tapak pelupusan sampah di Malaysia, khususnya di Negeri Johor.
Selain itu, lawatan ini memberi peluang untuk berkongsi idea dalam konteks pengurusan sampah dengan konsep Bandar Hijau dan Bandar Selamat yang telah diterapkan dengan jayanya.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Manjung dan Syarikat Forward Energy Sdn Bhd atas kerjasama dan penerangan mengenai pendedahan teknologi WTE serta dalam usaha bersama untuk menjayakan inisiatif pengurusan sisa yang lestari ini.
MBPG juga menyokong polisi negara mengenai pengurusan sisa dan tenaga lestari, serta berusaha mencapai sasaran bandar rendah karbon dan penggunaan tenaga yang lebih bersih.
Semoga usaha ini memberi impak positif dalam pengurusan sisa di Pentadbiran MBPG.