15 Januari 2025, MBPG diketuai oleh Puan Farah Wahidah Binti Nasruddin, Ketua Unit Audit Dalam MBPG telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke Unit Audit Dalam, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Lawatan ini bertujuan memperkukuh sistem pengurusan audit dalaman serta meningkatkan kecekapan operasi dalam mematuhi dasar, pekeliling, dan peraturan yang ditetapkan.
Sepanjang sesi lawatan, Unit Audit Dalam MBPG diberi pendedahan komprehensif mengenai prinsip, prosedur, dan teknik pengauditan secara praktikal. Inisiatif ini turut menjadi platform bagi memperkasa pemahaman dan kemahiran dalam pelaksanaan pengauditan, di samping mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara MBPG dan MBJB.
Pihak MBPG merakamkan penghargaan kepada MBJB atas perkongsian ilmu serta pengalaman yang amat bermakna. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini terus memberikan impak positif kepada kedua-dua organisasi dalam usaha menuju kecemerlangan bersama.