16-17 Ogos 2025, MBPG telah menganjurkan Kejohanan Karom Terbuka Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2025 pada 16 dan 17 Ogos 2025 bertempat di Dewan Serbaguna TMIYC, Pasir Gudang.
Kejohanan kali pertama penganjurannya ini telah menghimpunkan 255 peserta bagi Kategori Perseorangan dan 193 regu bagi Kategori Beregu dari seluruh PBT dan kelab karom luar dan dalam negeri Johor.
Jumlah hadiah wang tunai keseluruhan adalah sebanyak RM26,900.00 :
• Perseorangan: RM9,500.00 (Johan RM2,500.00)
• Beregu: RM17,400.00 (Johan RM5,000.00)
Keputusan Utama Kategori Perseorangan :
Johan: Idham (TJCC/Amattos)
Naib Johan: Pokka (Red Eagle)
Ketiga: Awe (Bloodbrother)
Keempat: Muaz (PCA/MBI)
Keputusan Utama Kategori Beregu :
Johan: Wan Ariff / Amin (TJCC/Amattos)
Naib Johan: Bob An / Lan Jarum Mas (TJCC/Amattos)
Ketiga: Zamri / Sarifah (Red Eagle)
Keempat: Suhaimi / Lan Todak (TJCC/Amattos)
Turut hadir Yang Berusaha Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Pengarah Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan MBPG Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah memeriahkan kejohanan ini.
