16 Jun 2025, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang bersama warga kerja MBPG telah menghadiri Majlis Tahlil Perdana bagi mangsa insiden bas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.
Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, MBPG turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM60,000 kepada pihak universiti bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa serta menyokong kebajikan pelajar yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
