Langkau ke kandungan utama

19 Jun 2025, Majlis Soft Launch Sambutan Hari Landskap Negara 2025 (HLN 2025) peringkat kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi bertempat di Taman Persahabatan China-Malaysia, Presint 4, Putrajaya.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dengan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT.

Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang turut hadir bersama beberapa orang Pengarah dan Timbalan Pengarah MBPG bagi menyatakan sokongan terhadap penganjuran HLN 2025 yang akan diadakan di Pasir Gudang pada 25 hingga 30 Jun 2025.

Sambutan ini akan berlangsung di Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang dan membawa tema “Industri Landskap Pemacu Pembangunan Madani”. Pelbagai pengisian menarik telah dirancang, termasuk pameran, jualan, aktiviti komuniti dan hiburan keluarga.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan Hari Landskap Negara 2025 di Pasir Gudang.

SOFT LAUNCH HLN