LESEN PREMIS PERNIAGAAN
GARIS PANDUAN UMUM
Garis panduan umum ini merupakan rujukan untuk permohonan lesen yang menerangkan syarat-syarat umum yang perlu dipatuhi bagi tujuan permohonan lesen baru, dan dokumen sokongan pelesenan yang diperlukan daripada agensi berkaitan.
SYARAT-SYARAT UMUM PELESENAN
1) Syarat Permohonan
Pemohon perlu memajukan permohonan menggunakan borang yang disediakan dan melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan mengikut aktiviti perniagaan.
2) Kadar Bayaran Lesen
a) Kadar bayaran lesen ditentukan berdasarkan aktiviti perniagaan yang akan dijalankan.
b) Pemegang lesen akan dikenakan bayaran RM 50.00 bagi tujuan pertukaran nama pemegang lesen, nama syarikat dan jenis perniagaan.
3) Mempamerkan Lesen
Lesen hendaklah dipamerkan di premis berkenaan pada setiap masa.
4) Kebersihan
Pelesen adalah bertanggungjawab menjaga premis ini dan kawasan persekitarannya supaya sentiasa bersih pada setiap masa.
5) Pencahayaan
Pelesen hendaklah memastikan premis mempunyai ruang cahaya yang anti udara yang mencukupi dan dipasang dengan lampu-lampu yang terang.
6) Keselamatan / Halangan
a) Pelesen hendaklah memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi pada setiap masa.
b) Menyediakan alat pemadam api serta kotak ‘First Aid’yang mencukupi dan boleh digunakan pada bila-bila masa.
c) Semua laluan / lorong, pintu keluar masuk dan tangga hendaklah bebas sebarang halangan.
1) Papan Kenyataan
a) Masa perniagaan juga hendaklah dicatatkan untuk makluman.
b) Papan kenyataan “TIDAK DIBENARKAN BERLUDAH” dan “JAGA KEBERSIHAN” dan “DILARANG MEROKOK” hendaklah dipamerkan yang mudah dilihat.
2) Binatang Peliharaan
Apa-apa binatang peliharaan seperti anjing, kucing, ayam, burung dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk atau tinggal dalam premis.
3) Papan Iklan Premis
Garis panduan pemasangan papan iklan di premis hendaklah merujuk kepada Lesen Iklan (Papan Iklan Premis).
Sumber Rujukan :Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (PBTPG) 1988
PERMOHONAN LESEN BARU
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang komposit permohonan lesen perniagaan berharga RM 3.00
- Salinan Kad Pengenalan pemohon/ passport
- Salinan pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); Perakuan Pendaftaran (Borang D) yang mengandungi alamat terkini premis/Perakuan Pemerbadanan Syarikat Sendirian (Borang 9)/Pendaftaran Pengarah Syarikat (Borang 49),Sijil Pegangan Saham Syarikat (Borang 24)/Memorandum And Articles of Association (MAA))
- Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat (Borang 13) jika berkaitan
- 1 keping gambar berukuran passport
- Suratkuasa Pemohon hendaklah ditandatangani oleh Pengarah
- Salinan resit bayaran cukai harta premis tahun terbaru
- Salinan sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)/Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan(CCC) (Borang F)
- Kelulusan Ubahsuai Bangunan/ Lesen Bangunan Sementara (LBS)
- Salinan Perjanjian Sewa Premis /Tanah/Perjanjian Jual Beli (dokumen hendaklah telah disetem dan diindors (SijilSetem))
- Salinan Geran / Suratan Hakmilik Sementara
- Gambar hadapan dan dalam premis.
- Lakaran (artwork) papantanda iklan premis yang telah disemak dan disahkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka
- Dokumen sokongan dari agensi berkaitan mengikut aktiviti lesen.
PERINGATAN
Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK serta merta
PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN
Dokumen Yang Diperlukan
- Lesen asal perniagaan
- 1 keping gambar terbaharu
- Salinan pendaftaran perniagaan dengan SSM
- Salinan suntikan Ty2 & sijil pengendalian makanan (pengendali makanan)
- Borang kepatuhan (lndustri sahaja)
- Dokumen sokongan dari agensi berkaitan yang masih sah tempoh laku(salinan Permit Barangan Lusuh /Permit Hiburan/ Perakuan Pendaftaran TASKA/ suntikan TY2)
- Surat tawaran kilang dari kilang/sekolah (Lesen Kantin)
PERMOHONAN PERTUKARAN MAKLUMAT LESEN
(Tukar nama pemegang lesen/nama syarikat/jenis perniagaan atau tambah aktiviti)
Dokumen Yang Diperlukan
- Surat permohonan pertukaran nama pelesen atau syarikat
- Lesen asal
- 1 keping gambar pelesen baru ukuran pasport
- Salinan kad pengenalan/passport
- Surat kuasa yang ditandatangani pengarah (jika penama lesen bukan pengarah syarikat)
- Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM) yang terbaru (pertukaran nama pelesen/aktiviti perniagaan)
- Borang 13, Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat (jika tukar nama syarikat)
- Borang 49,Borang 24 (jika tukar nama Pengarah)
- Bayaran proses tambahan rm50.00
PEMBATALAN LESEN
Dokumen Yang Diperlukan
- Memajukan surat pembatalan lesen atau mengisi Borang Pembatalan Lesen(borang boleh diperolehi di Kaunter Bersepadu Majlis Bandaraya Pasir Gudang)
- Lesen asal perniagaan yang hendak dibatalkan.
PERINGATAN
Majlis Bandaraya Pasir Gudang berhak membatalkan lesen yang telah dikeluarkan, walaupun sebelum tamat tempoh sahnya sekiranya didapati perniagaan yang dijalankan melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta, Undang-undang Kecil, Perintah atau Arahan-Arahan Kerajaan yang berkaitan tidak kira pelanggaran itu dibuat secara keseluruhan atau sebahagian sahaja.
SURAT SOKONGAN PELESENAN
Pemohon perlu mendapatkan surat sokongan pelesenan daripada agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan lesen kepada MBPG bagi aktiviti perniagaan seperti berikut :-
BIL | AKTIVITI PERNIAGAAN | DOKUMEN DIPERLUKAN | AGENSI |
1 | Semua jenis aktiviti perniagaan | Surat sokongan pelesenan | Bahagian Pelesenan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor |
2 | Perusahaan/industri/stor simpan (gudang)/proses bahan kimia merbahaya | Surat sokongan pelesenan | Bahagian Pelesenan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS) |
3 | Perusahaan/industri/bengkel yang menggunakan jentera atau mesin | Surat kebenaran memasang jentera | Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Johor (JKKP) |
4 | Perusahaan memproses minyak kelapa sawit | Lesen Aktiviti dari MPOB | Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) |
5 |
|
| Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan NegeriJohor, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) |
6 |
| Perakuan Pendaftaran Farmasi | Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor Bahru, Jabatan Kesihatan Negeri Johor |
7 |
| Surat kelulusan daripada KKM | Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) |
BIL | AKTIVITI PERNIAGAAN | DOKUMEN DIPERLUKAN | AGENSI |
8 |
| · Laporan Pemeriksaan perubatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan/doctor · Surat sokongan MOTAC |
|
9 | Menjual makanan/minuman, seperti kedai makan, restoran, kantin, kiosk, francais | Perakuan Pendaftaran Premis Makanan | Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) |
10 | Menjual Arak
| Lesen Arak | Pejabat Daerah Johor Bahru |
11 |
| Permit Polis | Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam Diraja Malaysia |
12 | Menyimpan magazin bahan letupan | Permit Magazin Bahan Letupan | Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam Diraja Malaysia |
13 |
| Lesen Hiburan | Pejabat Daerah Johor Bahru |
14 |
|
| Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (Daerah Johor Bahru) |
15 |
| Perakuan Pendaftaran Kindergarten/Sekolah Asuhan | Jabatan Pelajaran Johor |
16 | Pusat Tuisyen Swasta | Perakuan Pendaftaran Institusi Pendidikan | Jabatan Pelajaran Johor |
BIL | AKTIVITI PERNIAGAAN | DOKUMEN DIPERLUKAN | AGENSI |
17 | Kelas Pengajian Agama Islam/Al-quran | Surat tauliah | Jabatan Agama Islam Johor |
18 |
|
|
|
19 | Perusahaan/perkhidmatan percetakan (kecuali inkjet printing) | Lesen Mesin Cetak | Kementerian Dalam Negeri |
20 | Pengurup wang/kiriman wang | Perakuan Kebenaran Untuk Menjalankan Perniagaan Pengiriman Wang Di Pejabat Cawangan | Bank Negara Malaysia |
21 |
|
| Kementerian Kesihatan Bandar, PerumahandanKerajaan Tempatan (KPKT) |
22 |
| Surat kelulusan JPV | Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) |
23 |
| Sijil Jurusembelih dari JAJ |
|
24 |
| Surat kelulusan daripada Jabatan Pertanian | Pejabat Pertanian Daerah Johor |
25 |
|
| Kementerian Kesihatan Malaysia |
BIL | AKTIVITI PERNIAGAAN | DOKUMEN DIPERLUKAN | AGENSI |
26 | Menjual beras | Lesen Runcit Beras | Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) |
27 | Menjual alat-alat timbang dan sukat | Lesen Membuat/Membaiki/Menjual Alat-alat Timbang Dan Sukat | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) |
28 | Jualan Langsung | Lesen Akta Jualan Langsung | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) |
29 | Hotel/Hotel Bajet/Homestay | Pendaftarn Hotel/Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong | Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) |
30 | Bengkel membaiki kereta/motosikal/lori |
|
|
31 | Kontraktor angkat sampah |
| Industri di Pasir Gudang |
32 | Kontraktor pembentungan (disludging) | Permit IPA | Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) |
GARIS PANDUAN KHUSUS
Garis panduan khusus ini menjelaskan dengan lebih terperinci syarat-syarat pelesenan dan dokumen yang diperlukan bagi membantu proses permohonan lesen mengikut jenis dan aktiviti perniagaan.
LESEN PERINDUSTRIAN
Dokumen tambahan yang diperlukan
1) Salinan pelan lokasi (Jalan ke tempat perusahaan)
2) Carta aliran pemprosesan kerja dalam kilang
3) Salinan Emergency Responsible Plan (ERP)
4) Surat kontraktor sampah yang dilantik
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
1) Aspek Pelesenan
a) Pemohon perlu memastikan kesemua dokumen sokongan lengkap bagi memudahkan proses permohonan lesen.
b) Sekiranya pemohon menjalankan aktiviti barang terkawal (racun,bahan letupan,gula,tepung), pemohon perlu mempunyai Lesen barang terkawal daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
c) Bagi tujuan mempromosi premis perniagaan, pemohon perlu mempunyai lesen iklan atau papantanda daripada Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
d) Memastikan peniaga yang dilantik menjalankan perniagaan dikantin kilang mempunyai lesen kantin yang sah tempoh laku daripada MBPG.
2) Aspek Kesihatan
a) Pemohon hendaklah membuat rekod kawalan serangga supaya sentiasa bebas daripada serangga atau haiwan yang membawa wabak penyakit.
b) Sentiasa menjaga kebersihan bangunan (Lantai, Dinding, Siling, Stor, Tandas) daripada sebarang kekotoran,habuk dan debu.
c) Melantik makmal berdaftar bagi menganalisa air kumbahan setiap bulan
d) Pihak perusahaan perlu menjalankan penyelenggaraan atau sedutan tangki septik pada air buangan di kawasan perindustrian mereka.
e) Sentiasa memastikan persekitaran premis atau perparitan termasuk kantin dalam keadaan bersih dan teratur serta mempunyai perangkap minyak.
3) Aspek Alam Sekitar
a) Pemohon perlu merekodkan bahan-bahan yang disimpan serta mempunyai jadual yang teratur dan sentiasa dikemaskini.
b) Memastikan pengurusan sisa minyak hitam dengan baik dan teratur.
c) Perusahaan hendaklah bebas daripada pencemaran alam sekitar(bunyi, air, udara, dan bau) yang boleh memudaratkan kesihatan umum.
d) Cerobong Chimney di kawasan perindustrian mesti berfungsi dengan baik dan diselenggara supaya sentiasa dalam keadaan selamat.
4) Aspek Keselamatan Industri
a) Memastikan sistem pepaipan berfungsi dengan baik serta selamat untuk digunakan.
b) Pemohon perlu mendapat kebenaran mengguna dan memasang dari Jabatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP) sekiranya premis perindustrian ada menggunakan mesin proses.
c) Kawasan pemprosesan dan stor hendaklah dalam keadaan teratur dan bahan-bahan seperti bahan mentah, bahan bahaya serta hasil kilang hendaklah diasingkan mengikut jenis masing-masing.
d) Wajib melabelkan dan merekod kesemua bahan bahaya yang digunakan atau yang tidak digunapakai.
e) Pelabelan perlu mengikut ukuran yang dibenarkan daripada JKKP dan melabel mengikut jenis bahan.
f) Memastikan semua pekerja menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mempunyai rekod kesihatan yang teratur dan dikemaskini.
g) Pelan tindakan kecemasan mesti mudah difahami dan latihan kebakaran perlu dilaksanakan supaya sebarang kemungkinan akan datang dapat diatasi dengan baik.
LESEN RESTORAN/KEDAI MAKAN/KANTIN/KAFE
Dokumen tambahan yang diperlukan
1) Salinan buku suntikan vaksin Ty2 – (Pemilik dan Pekerja)
2) Salinan Surat Tawaran atau Perjanjian Sewa / Salinan Kontrak Kantin
3) Salinan Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan
4) Gambar pemasangan sisa perangkap makanan dan perangkap lalat di premis
5) Perakuan Pendaftaran Premis Makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ Pejabat Kesihatan DaerahJohor Bahru
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
1) Premis perniagaan tidak boleh digunakan untuk kegiatan kurang sihat seperti maksiat, pelacuran dan penyalahgunaan dadah.
2) Lantai kedai hendaklah dicuci sekurang-kurangnya sekali dalam sehari sebaiknya selepas menamatkan perniagaan.
3) Ruang kedai hendaklah sentiasa bebas dari kekotoran, daki, habuk dan debu.
4) Menyapu kapur atau cat semua dinding dan syiling di premis kedai.
5) Dinding, lantai bilik air dan tandas hendaklah dibersihkan dari tanda-tanda kotor atau cat(stain).
6) Lantai hendaklah dipasang dengan mozek manakala dinding pula hendaklah dipasang dengan bahan yang kalis air dan senang dicuci.
7) Pencahayaan minima ialah 215 lux.
8) Peredaran udara mencukupi dan bebas dari bau dan hendaklah memasang kipas (cerobong asap atau exhaust fan).
9) Ruang premis mencukupi untuk keselesaan pekerja, tempat penyimpanan dan pemprosesan.
10) Premis hendaklah dihias dengan rekabentuk yang kemas dan menarik.
11) Basin cuci tangan beserta sabun, kain lap dan pengering hendaklah disediakan.
12) Hendaklah menyediakan tempat habuk rokok dan jika premis berhawa dingin, tempat untuk pelanggan menghisap rokok hendaklah berasingan.
13) Hendaklah meletakkan papan tanda harga yang jelas untuk makanan atau minuman yang dijual.
14) Perniagaan lain yang tiada berkaitan tidak dibenarkan diletakkan di dalam premis yang sama.
15) Semua pekerja hendaklah berpakaian bersih dan kemas atau memakai seragam.
16) Semua pengendali makan dan pekerja diwajibkan memakai apron penuh hingga ke paras dada, bersih dan memakai penutup kepala.
17) Semua pekerja hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri.
18) Semua pekerja hendaklah bersifat sopan dan mesra kepada pelanggan.
19) Tabiat atau sikap berikut hendaklah dielakkan:
a) Menghisap rokok
b) Menggaru tubuh
c) Berludah
d) Membuang hingus
e) Membuang kahak
f) Menyentuh makanan dengan jari
20) Pekerja tiada tanda infleksi pada tangan, kuku, cirit-birit, dan tidak mempunyai penyakit yang menular.
21) Semua peralatan yang digunakan untuk menyimpan, menyedia, memasak, menghidang makanan dan minuman hendaklah sentiasa bersih dan dalam keadaan sempurna (tidak sompek, retak, berdaki).
22) Tempat mempamerkan dan menyimpan makanan yang dijual hendaklah sentiasa bersih dan bebas dari habuk dan daki sesuai binaan serta reka bentuknya.
23) Meja yang disediakan hendaklah dari jenis permukaan yang mudah dicuci dan keadaanbersih (tiada bau, tiada kesan daki).
24) Dilarang menjalankan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk di atas lantai.
25) Dilarang meletakkan peralatan perniagaan atau kerusi meja yang menghalang laluan kaki lima, bahu jalan dan lorong jalan.
26) Makanan hendaklah ditutup, dilindungi semasa penyimpanan, penyediaan, pameran, pengangkutan dan ditempatkan dalam suhu bilik yang sesuai.
27) Sentuhan tangan kepada makanan hendaklah dielakkan dan dinasihatkan menggunakan sepit, sudu dan sebagainya.
28) Dilarang membungkus makanan dengan kertas surat khabar atau pembungkus yang tidak bersih.
29) Bahan makanan hendaklah dari bahan yang asli, segar, tidak rosak dan luput tarikh.Ruangan penyimpanan bahan makanan hendaklah sentiasa kering, bersih dan kemas (First In First Out).
30) Mempunyai peredaran udara/cahaya yang baik dan tidak sesak.
31) Bebas dari serangga, tikus dan makhluk perosak lainnya serta menjalankan kerja-kerja kawalan.
32) Semua bahan masak mudah rosak seperti makanan sejukbeku seperti daging, ikan, ayam dan lain-lain hendaklah disimpan dalam peti sejuk yang sesuai serta berasingan dari ruang yang membuat air batu untuk minuman sejuk.
33) Makanan yang tidak halal hendaklah menggunakan tempat penyimpanan yang berasingan.
34) Gunakan air paip yang bersih sahaja tiada sambungan silang, back low dan back sphonge.
35) Jangan menggunakan air yang dibekalkan kepada tandas.
36) Air hendaklah disimpan dalam bekas yang tidak membahayakan kesihatan. (Tong-tong atau bekas yang sudah terpakai seperti tong minyak atau bahan-bahan kimia tidak boleh digunakan sama sekali).
37) Pembuangan air limpah dan pengalirannya hendaklah diselenggara dengan sempurna.
38) Tong dan bekas sampah, cukup bilangan tidak tembus menggunakan beg-beg plastic hitam untuk mengumpulkan sampah dan sisa-sisa makanan.
39) Mengadakan kawalan dan pembasmian tikus, serangga seperti lipas, lalat dan lain-lain seperti memasang perangkap, racun, semburan dan lampu ultra ungu.
40) Semua pelesen diwajibkan memasang perangkap minyak (grease trap) untuk memerangkap minyak dan sisa makanan dan air kubahan hendaklah dialirkan ke ‘main sewer’.
41) Penyelenggaraan perangkap minyak hendaklah dilaksanakan oleh peniaga setiap dua (2) hari sekali
42) Kain yang digunakan untuk meja tidak boleh sama sekali digunakan untuk mengesat pinggan mangkuk dan lain-lain alatan.
43) Tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja menyalai dan memanggang daging khinzir ditempat ditempat terbuka.
44) Tidak dibenarkan menjalankan atau mengadakan aktiviti hiburan seperti karaoke, nyayian dan muzik.
45) Tidak dibenarkan meletakkan kerusi dan meja diatas tempat meletak kenderaan / diatas bahu jalan tanpa mendapat kebenaran daripada MBPG terlebih dahulu.
46) Kenyataan tanda “HALAL” hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Sumber Rujukan : Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MBPG) 2010
LESEN KEDAI GUNTING RAMBUT
Dokumen tambahan yang diperlukan
1) Surat sokongan daripada Pejabat Kesihatan Johor Bahru.
2) Laporan pathology dan telah disahkan oleh doktor perubatan.
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
1) Pintu dan dinding cermin bahagian hadapan premis hendaklah dari jenis lut sinar.
2) Dilarang membina sebarang sekatan di dalam premis kecuali dengan mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.
3) Penjualan atau penyediaan makan minum dilarang sama sekali.
4) Semua pendandan rambut hendaklah mendapat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.
5) Pendandan hendaklah memakai pakaian kot atau oberall yang bersih dan sopan.
6) Sebelum melayan pelanggan, pendandan rambut hendaklah mencuci bersih tangannya.
7) Pelesen dikehendaki menyediakan senarai daftar bagi pekerja berserta gambar.
8) Premis, perabot, perkakas dan peralatan hendaklah dijaga dengan bersih, teratur dan kemas.
9) Hendaklah menyediakan air panas dan sejuk berterusan sepanjang urusan perniagaan dijalankan.
10) Menyediakan sekurang-kurangnya 2 bekas yang sesuai dan bertutup rapat untuk menyimpan kain dan tuala yang kotor dan keratan rambut.
11) Tuala muka, pelindung leher, tuala leher atau sebarang kain yang menyentuh kulit pelanggan hendaklah sentiasa baru dan bersih.
12) Gunting, sikat, perepang (clippers) hendaklah direndam dengan cecair basmi kuman(disinfectant) selama sekurang-kurangnya 3 minit selepas digunakan.
13) Pisau cukur hendaklah digunakan dari jenis guna sekali (disposable).
14) Hanya krim cukuran untuk kerja-kerja pencukuran. Cawan buih cukuran hendaklah dikosongkan selepas sahaja digunakan bagi setiap pelanggan dan dicuci sepenuhnya dengan air mendidih.
15) Span atau puff bedak tidak boleh digunakan.
16) Menggunakan peralatan berasingan bagi pelanggan yang berpenyakit kulit berjangkit.
17) Hanya dua (2) kerusi baring (facial) dibenarkan untuk satu lesen kedai gunting bagi menjalankan kerja-kerja rawatan muka.
18) Dilarang mengadakan perkhidmatan urutan pada pelanggan.
19) Dilarang sebarang binatang berada di dalam premis.
20) Dilarang mempamerkan sebarang gambar yang berunsur lucah di premis perniagaan.
21) Tidak dibenarkan mengadakan katil dalam premis perniagaan.
22) Tidak dibenarkan membuat sebarang sekatan dalam apa-apa bentuk diantara kerusi gunting
23) Tidak dibenarkan mengadakan kegiatan pelacuran dan urut mengurut di antara lelaki dan perempuan.
24) Tidak dibenarkan mengadakan penjualan minuman keras.
Sumber Rujukan : Undang-Undang Kecil Gunting Rambut& Pendandan Rambut (MBPG) 2010
LESEN PUSAT RAWATAN KECANTIKAN/PERKHIDMATAN SPA/PUSAT URUT/REFLEKSOLOGI
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
1) Lokasi premis hendaklah berada sekurang-kurangnya 300 meter daripada kawasan sensitif iaitu rumah kediaman, rumah ibadat, sekolah, institusi pendidikan dan pejabat kerajaan.
2) Tidak membuat ubahsuai ke atas premis kecuali mendapat kelulusan MBPG terlebih dahulu.
3) Reka bentuk premis perlulah berkonsep terbuka (tidak ada sekatan berbentuk kekal/konkrit) dengan sistem pencahayaan yang terang dan pengudaraan yang sempurna. Pemasangan tirai dibenarkan.
4) Pengusaha dan pekerja wajib menjalani ujian saringan HIV oleh Jabatan Kesihatan dan disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
5) Pekerja yang memberi rawatan urutan hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
6) Pekerja hendaklah berpakaian seragam yang bersih, sopan dan memakai tag nama.
7) Pekerja bukan warganegara hendaklah mempunyai permit kerja yang sah dan sijil pemeriksaan kesihatan.
8) Rekod pekerja yang mengandungi nama, no. kad pengenalan/passport, alamat dan gambar hendaklah disediakan dan sentiasa dikemaskini.
9) Bagi urut refleksologi hanya dibenarkan meletakkan kerusi urut sahaja.
10) Memastikan perkakas dan alatan sentiasa dicuci dan direndam dalam ‘disinfecting solution’.
11) TIdak dibenarkan memasak atau membawa masuk makanan di dalam premis kecuali di ruang khas yang disediakan.
12) Pelanggan di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk ke pusat ini.
Sumber Rujukan : Garis Panduan Perkhidmatan SPA
LESEN TADIKA/TASKA
Dokumen tambahan yang diperlukan
1) Surat sokongan Pejabat Kesihatan Johor Bahru.
2) Surat PendaftaranJabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru (TASKA)
3) Surat sokongan Jabatan Pelajaran Johor (TADIKA / Pusat Tuisyen)
4) Salinan surat tauliah Jabatan Agama Johor (Kelas Pengajian Agama Islam)
5) Salinan sijil Kursus Pengendalian Makanandan salinan suntikan TY2
6) Gambar pemasangan perangkap minyak / sisa makanan / perangkap lalat.
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
1) Tiap-tiap bilik hendaklah mempunyai tingkap minima 10 peratus daripada luas lantai bilik.
2) Lantai hendaklah berkonkrit dan kuat serta berwarna cerah seperti lantai jubin, vinyl, epoxy floor, floor hardener atau lain-lain seumpamanya.
3) Dinding hendaklah disudahi dengan bahan kalis air yang senang dicuci dan berwarna cerah.
4) Pagar premis hendaklah diperbuat daripada bahan yang tidak berkarat.
5) Premis hendaklah mempunyai bilik tandas lelaki dan perempuan yang berasingan serta kemudahan-kemudahan mencuci tangan seperti singki yang mencukupi.
6) Semua barang-barang dan peralatan hendaklah berkeadaan baik dan bersih serta diletak atau disimpan di atas rak, kabinet atau meja yang sempurna.
7) Pengendali makanan hendaklah membuat pemeriksaan perubatan dan mendapatkan suntikan TY2.
8) Keseluruhan premis hendaklah bebas daripada serangga dan haiwan rodensia serta haiwan peliharaan.
9) Ruang memasak berasingan ditempatkan di luar premis
Sumber Rujukan : Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska (GP027)
Akta Pusat Jagaan 1993
Akta Taska 1984 (Pindaan 2017)
Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia Bil.1/2015 bertarikh 8/6/2015
LESEN BENGKEL KERETA/MOTOSIKAL/LORI
Dokumen tambahan yang diperlukan
1) Surat sokongan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
2) Salinan surat pelantikan kontraktor pengumpulan minyak hitam.
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
1) Perniagaan hanya dibenarkan beroperasi di kawasan perindustrian sahaja
2) Dilarang menjalankan aktiviti mengecat dan mengimpal tanpa mendapatkan kelulusan daripada pihak MBPG terlebih dahulu.
3) Dilarang menimbulkan gangguan kepada lalu lintas dan persekitaran
4) Dilarang membiarkan binatang seperti anjing berkeliaran di dalam bangunan / premis.
5) Sampah-sampah perniagaan hendaklah diuruskan sendiri dan dibuang ke tempat yang dibenarkan oleh MBPG. Diwajibkan menyediakan tong sampah yang mencukupi dan sempurna (MGB 240 Liter atau MGB 660 Liter) bagi premis perniagaan.
6) Menjaga kebersihan di dalam dan di luar bangunan atau premis.
7) Memastikan susunatur barang-barang di dalam bangunan atau premis teratur dan tidak menghalang laluan atau pergerakan pekerja.
8) Dilarang membuang minyak ke dalam longkang atau mana-mana saliran air.
9) Menyediakan bekas untuk menyimpan minyak terpakai dan melupuskan ke tempat yang sesuai kepada syarikat yang mengendalikan kitar semula.
10) Mengibarkan atau mempamerkan bendera negeri atau kebangsaan di premis.
11) Memaklumkan kepada pihak MBPG sekiranya telah berpindah atau tidak lagi menjalankan perniagaan.
12) Dilarang membuat sebarang tambahan ‘rem’ atau ‘slab’ kekal di kaki lima ataupun di siar kaki.
13) Dilarang meletakkan kenderaan yang sedang dibaikpulih atau rosak di hadapan premis yang boleh menimbulkan sebarang kekacauan.
LESEN MINUMAN KERAS (ARAK)
Dokumen tambahan yang diperlukan
Jenis lesen minuman keras yang perlu mendapat kelulusan daripada Pejabat Daerah Johor Bahru :-
JENIS LESEN | WAKTU OPERASI | KLASIFIKASI | |
Lesen Rumah Awam (Kelas 1) | 10 pagi – 12 malam | Penjualan arak yang mengandungi kandungan spirit kurang dari 8 % (Beer) dan juga melebihi 8 % (Liquor) adalah dibenarkan mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan. | |
Lesen Rumah Awam (Kelas 2) | 10 pagi – 12 malam | ||
Lesen Rumah Awam (Kelas 3) | 10 pagi – 9 malam | ||
Lesen Rumah Beer (Kelas 1) | 10 pagi – 12 malam | Penjualan arak yang mengandungi kandungan spirit kurang dari 8 % (Beer) SAHAJA yang telah ditetapkan. | |
Lesen Rumah Beer (Kelas 2) | 10 pagi – 10 malam | ||
Lesen Arak Borong | 7 pagi – 9 malam | Penjualan arak yang mengandungi kandungan spirit kurang dari 8 % (Beer) dan juga melebihi 8 % (Liquor) adalah dibenarkan mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan. | |
Lesen Arak Runcit | 7 pagi – 9 malam | Penjualan arak yang mengandungi kandungan spirit kurang dari 8 % (Beer) SAHAJA yang dibenarkan mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan. | |
Lesen Arak Hamper | - | Penjualan arak yang mengandungi kandungan spirit kurang dari 8 % (Beer) dan juga melebihi 8 % (Liquor). |
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
- Aktiviti hanya dibenarkan beroperasi di kawasan perniagaan
- Premis perniagaan hendaklah berada di luar radius 200 meter daripada kawasan kediaman, pusat ibadah, sekolah dan bangunan kerajaan
- Tidak dibenarkan beroperasi di kawasan yang majoritinya adalah penduduk Islam.
- Dilarang menjual minuman keras kepada pelanggan yang berumur 18 tahun kebawah dan yang beragama Islam.
- Pekerja dipremis perniagaan hendaklah berumur 21 tahun ke atas.
- Waktu operasi adalah sehingga pukul 12.00 tengah malam sahaja. Surat kelulusan atau kebenaran perlu diperolehi daripada MBPG dan Pejabat Daerah Johor Bahru sekiranya ingin menjalankan perniagaan selepas jam 12.00 tengah malam.
Pemilik premis yang menjalankan aktiviti menjual minuman keras hendaklah memastikan pelanggan-pelanggan tidak minum minuman keras di hadapan premis ataupun ditempat yang terbuka.
Memaklumkan kepada pihak MBPG sekiranya telah berpindah atau bertukar hakmilik atau tidak lagi menjalankan perniagaan.
Mematuhi syarat-syarat atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa MBPG dari semasa ke semasa.
Tidak dibenarkan membina sebarang struktur tambahan bangunan sama ada di dalam atau luar premis perniagaan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak Majlis.
Pemilik premis hendaklah menyediakan notisberikut :-
a) Dilarang Merokok
b) Pelajar yang berpakaian seragam sekolah dilarang masuk
c) Waktu Operasi
LESEN HIBURAN
Aktiviti Perniagaan Yang Memerlukan Permit Hiburan Daripada Pejabat Daerah Johor Bahru
- Pusat Hiburan Keluarga (PHK)
- Snuker / Pusat Latihan Snuker
- Jukebox
- Bowling
- Karaoke
- Persembahan kebudayaan atau Artis
Lain-Lain Lesen Yang Perlu Diperolehi Dari Pejabat Daerah Johor Bahru
(Sekiranya Berkaitan)
- Lesen Rumah Awam (Kelas I dan II) untuk menjual minuman keras
- Lesen Tari Menari untuk mengadakan tari menari
- Lesen Muzik (Live Band) untuk mengadakan muzik live band.
- Lesen Karaoke untuk mengadakan nyanyian karaoke
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
- PHK hanya dibenarkan beroperasi di komplek membeli belah, hotel (bertaraf 4 bintang keatas dan tempat peranginan (resort).
- Ruang premis hendaklah selesa, terbuka dan tidak berdinding serta tidak boleh bercermin gelap.
- Bunyi mesin permainan hendaklah diperingkat minimum dan tidak mengganggu di peringkat minimum dan tidak mengganggu penduduk.
- Premis hendaklah dipasang lampu terang.
- Semua pekerja atau pelayan yang bekerja di dalam premis atau bangunan hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan terdiri dari warganegara Malaysia.
- Pakaian hendaklah sesuai tidak terlalu menjolok mata (terdedah).
- Surat kebenaran perlu diperolehi daripada MBPG sekiranya ingin menjalankan perniagaan selepas jam 12.00 tengah malam.
LESEN PENJAJA
LESEN PASAR MALAM/PASAR MINGGU/PASAR PAGI
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan Pasar Malam/Pasar Minggu
- Satu salinan Kad Pengenalan
- 1 keping gambar berukuran passport
- Satu salinan Sijil Suntikan (Ty2) bagi peniaga makanan dan minuman
- Satu salinan Perakuan Pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Surat Tawaran daripada MBPG
Lokasi Pasar Malam/Pasar Minggu/Pasar Pagi:-
KATEGORI | LOKASI | HARI | WAKTU OPERASI | PENGANJUR |
Pasar Malam | Jalan Durian, Taman Kota Masai | Isnin | 4.00 petang – 10.00 malam | Bahagian Pelesenan (07-2547777) |
Jalan Pelanduk, Taman Scientex | ||||
Taman rinting | PAK HAJI (016-7671734) | |||
Sg. Tiram (Kg.Mulia) | ||||
Jalan Intan, Taman Cahaya Masai | Selasa | Bahagian Pelesenan (07-2547777) | ||
Kg. Pasir Putih | Jkk Kampung | |||
Taman Pasir Putih | Rabu | Bahagian Pelesenan (07-2547777) | ||
Taman Mawar | Jumaat | |||
Jalan Tasek 60, Bandar Seri Alam | ||||
Taman Air Biru | Sabtu | |||
Sg. Masai | Ahad | Mohd Hafey (011-15153933) | ||
Jalan Mangga 2, Taman Kota Masai | Bahagian Pelesenan (07-2547777) | |||
Jalan Tasek 60, Bandar Seri Alam | ||||
Pasar Pagi | Sg. Tiram (Pasar Khamis) | Khamis | 7.00 pagi-12.00 tengahari | En.Azhar (Sg.tiram) |
Parkir Stadium Bandaraya Pasir Gudang | Ahad | 8.00 pagi-1.00 petang | Bahagian Pelesenan (07-2547777) |
Pasar Peladang | Taman Cendana | Selasa | 5.00 petang-10.00 malam | Pertubuhan Peladang Negeri Johor (07-2082000) |
Taman Nusa Damai (Eco) | Jumaat | |||
Jalan Pulasan, Taman Kota Masai | Sabtu | |||
Pasar Tani | Kompleks Pusat Bandar PG | Sabtu | 6.30 pagi-12.00 tengahari | FAMA (07-2313600/ 07-2341185) |
Jalan Kijang, Taman Scientex | Ahad | 5.00 petang-10.00 malam | ||
Bazaar Karat Uptown | Jalan Suria 7, Bandar Seri Alam | Setiap hari kecuali Isnin | 6.00 petang-2.00 pagi | PG Trade&Supply (017-7399788/ 017-8044788) |
Carboot Sale | Taman Bandar Bukit Layang-layang | Sabtu dan Ahad | 4.00 petang-7.00 malam | ILAL JANNAH (018-7723141) |
LESEN PENJAJA SEMENTARA
Dokumen Yang Diperlukan
- Surat permohonan lesen penjaja sementara
- Satu salinan Kad Pengenalan
- 1 keping gambar berukuran passport
- Satu salinan Sijil Suntikan (Ty2) bagi peniaga makanan dan minuman
- Gambar lokasi yang ingin dijadikan tapak berniaga
- Salinan Lesen Memandu dan geran Pendaftaran Kenderaan/Kelulusan JPJ
- Surat kebenaran pemilik kenderaan (jika bukan milik sendiri)
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
1. Pelesen adalah diwajibkan :
- Sentiasa hadir dan mempamerkan lesen yang sah tempoh sepanjang waktu perniagaan.
- Berniaga di lokasi yang diluluskan serta mengikut jenis perniagaan yang dibenarkan sahaja dan perlu mengosongkan tapak penjaja setelah habis waktu operasi/perniagaan.
- Tidak dibenarkan memindah milik lesen tanpa kebenaran.
- Mempunyai Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mempunyai Suntikan Typhoid yang sah tempoh dan haruslah dibawa setiap kali menjalankan aktiviti perniagaan.
- Memastikan kawasan di tapak penjaja dalam keadaan baik dan bersih.
- Memastikan semua sisa bahan buangan pepejal/cecair di kumpulkan dan diikat kemas untuk dibuang ketempat yang sesuai / tong sampah berhampiran. Dilarang membuang apa-apa bahan buangan di atas jalan,parit dan longkang.
2. Ukuran tapak haruslah menepati Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (MBPG) 2010 iaitu 10’x10’sahaja yang dibenarkan.
3. Peniaga dilarang menggunakan beg plastik dan bekas polisterina sebagai pembungkus makanan dan diganti dengan penggunaan produk biodegradasi untuk bungkusan makanan.
4. Bayaran lesen dikenakan ke atas pelesen adalah berbeza mengikut kesesuaian lokasi kawasan penjaja yang ditetapkan oleh Datuk Bandar MBPG dan hendaklah dijelaskan sebelum 14 hari sehingga tamat tempoh lesen. Lanjutan masa pembaharuan lesen ini hanyalah budi bicara MBPG dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa.
5. Pemilik lesen haruslah mengembalikan kembali lesen apabila tidak lagi menjalankan aktiviti perniagaan atau memaklumkan terlebih dahulu kepada Bahagian Pelesenan penjaja.
6. Lesen akan dibatalkan serta merta tanpa sebarang notis awal jika aktiviti perniagaan tidak beroperasi selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang sebab.
7. Tuntutan deposit kebersihan daripada MBPG hanya boleh dituntut dalam tempoh 3 bulan selepas lesen dibatalkan.
8. Sebarang perubahan syarat-syarat yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Pasir Gudang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
LOKASI YANG TIDAK DIBENARKAN BAGI PENJAJA SEMENTARA (STATIK/BERGERAK)
- Dalam lingkungan 9 meter (30 kaki) dari simpang jalan
- Dalam lingkungan 3 meter (10 kaki) dari pili bomba
- Dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekelilingsekolah
- Di atas tangga, siar kaki lima, kaki lima awam, pepulau atau saluran perparitan longkang
- Di kawasan yang boleh menghalang atau mengganggu lalulintas dan pergerakan orang berjalan kaki.
- Di dalam rumah dan di kawasan rumah kediaman
- Dalam kawasan taman permainan dn rekreasi
- Jalan-jalan protokol
- Di kawasan perhentian bas, stesen bas dan tempat teksi
LESEN ANJING
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan lesen anjing boleh diperolehi di kaunter bayaran dengan harga RM2.00
- Salinan kad pengenalan/passport pemohon
- Surat pemeriksaan kesihatan anjing dari doktor haiwan yang terkini, penama lesen bukan pengarah syarikat
- Gambar anjing di dalam sangkar. Saiz sangkar perlu 1 kali ganda saiz anjing belaan.
Pembaharuan Lesen Anjing
- Membawa lesen anjing dari Majlis Bandaraya Pasir Gudang (Lesen lama)
- Surat pemeriksaan kesihatan anjing dari doktor haiwan yang terkini
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
- Hadir sendiri atau jika melalui wakil, surat kebenaran perlu disertakan.
- Permohonan melalui pos tidak akan diproses.
- Permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
- Kadar bayaran:-
Bayaran proses | - RM20.00 | |
Lesen Anjing Betina | - RM30.00 | |
Lesen Anjing Jantan | - RM10.00 | |
Lesen Anjing yang dimandulkan | - RM10.00 | |
Lencana Anjing | - RM 10.00 |
- Tempoh lesen berkuatkuasa sehingga 31 Disember setiap tahun.
- Bilangan anjing dibenarkan pelihara mengikut jenis rumah :-
Rumah teres | - 1 ekor sahaja | |
Rumah berkembar | - 2 ekor sahaja | |
Rumah banglo | - 3 ekor sahaja |
- Rumah pangsa, kondominium, rumah kedai, restoran dan perindustrian tidak dibenarkan.
8. Jenis anjing yang tidak dibenarkan :-
a) American Bull Dog
b) Japanese Tosa
c) Akita
d) Fila Brazilero
e) Pitt bull Terier/American/Pitt Bull/American Staffordshire Terrier
f) Neapolitan
g) Dodo Argentino
h) Rottweiler
Contoh anjing yang tidak dibenarkan:
[[{"fid":"3280","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"field_deltas":{"1":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default","data-delta":"1"}}]][[{"fid":"3281","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"field_deltas":{"2":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default","data-delta":"2"}}]]
Japanese Tosa Rottweiler
[[{"fid":"3282","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"field_deltas":{"3":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default","data-delta":"3"}}]]
Germin Sherpard
Sumber Rujukan : Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing (PBTPG) 1993
LESEN IKLAN
PAPAN IKLAN PREMIS
- Sebarang pemasangan papan tanda / iklan di premis / bangunan hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu.
- Dilarang memasang papan iklan tanpa kelulusan MBPG.
- Saiz iklan premis yang dibenarkan adalah 20 kaki x 4 kaki sahaja. Pemasangan papan iklan yang lebih besar daripada saiz yangdibenarkan hendaklah tidak menutupi dan menghalang tingkap atau ruang keluar udara/asap pada dinding bangunan.
- Nombor pendaftaran syarikat hendaklah diletakkan di bahagian bawah sudut kanan papan iklan.
- Saiz perkataan dalam Bahasa Malaysia pada iklan yang dipamerkan hendaklah lebih besar daripada bahasa lain.
- Dilarang meletakkan tanda ‘ HALAL’ atau ‘DITANGGUNG HALAL’ di mana-mana bahagian premis atau ruang papan iklan yang dipamerkan kecuali telah mendapat kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Johor.
- Dilarang meletakkan gambar atau perkataan, lambang atau jenama berkaitan dengan minuman bir, arak atau perkataan yang difikirkan tidak sopan.
- Visual papan iklan premis atau papan iklan luar hendaklah dirujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka terlebih dahulu untuk pengesahan penggunaan Bahasa Melayu yang betul sebelum dicetak dan diberikan lesen iklan.
[[{"fid":"3278","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"field_deltas":{"4":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default","data-delta":"4"}}]]
LESEN SEPANDUK (BANNER) / BUNTING
Kadar Bayaran
1) Borang permohonan lesen iklan : RM3.00
2) Permit sepanduk (banner) : RM30.00/unit
Deposit sepanduk (banner) : RM30.00/unit
Stiker : RM2.00/unit
3) Permit bunting : RM7.50/unit
Deposit bunting : RM7.50/unit
Stiker : RM 2.00/unit
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
- Tidak dibenarkan memasang sepanduk (banner) /bunting di Jalan protokol - protokol. Lokasi pemasangan yang dibenarkan adalah di kawasan perumahan dan perindustrian sebagaimana berikut:-
a) Jalan Mawar Merah i) Simpang Kg. Pasir Putih
b) Jalan Bandar / Pekeliling j) Taman Bukit Dahlia
c) Jalan Bandar k) Jalan Tembikai / Delima
d) Jalan Jati l) Jalan Bistari Perdana
e) Taman Pasir Putih m) Jalan Scientex (Roundabout)
f) Jalan Nenas o) Taman Desa Rakyat
g) Taman Cahaya Masai p) Taman Nusa Damai
h) Jalan Tanjung Puteri q) Simpang Kota Masai 2
- Tempoh pemasangan sepanduk (banner)/bunting adalah satu bulan
- Sepanduk (banner)/bunting hendaklah diturunkan setelah tamat tempoh pemasangan.
Wang Amanah
- Wang amanah hendaklah dituntut dalam tempoh enam bulan dari tarikh tamat pemasangan dengan mengemukakan dokumen berikut :-
- Borang permohonan wang amanah
- Resit asal bayaran wang amanah
- Bukti bergambar, sepanduk (banner)/banting yang telah diturunkan
- MBPG berhak melucut hak wang amanah sekiranya :-
- Berlaku pelanggaran syarat-syarat pelesenan yang telah ditetapkan
- Tuntutan dibuat selepas tempoh enam bulan dari tarikh tamat
Sumber Rujukan : Undang-Undang Kecil Pelesenan Iklan (MBPG) 2011
LESEN PAPAN IKLAN LUAR
Dokumen tambahan yang diperlukan
- Pelan struktur yang disahkan oleh Jurutera Perundingan Berdaftar (Jika Berkaitan)
- Salinan Polisi Insuran Tanggung Awam (Public Liability) – Setelah permit dikeluarkan (Jika Berkaitan)
- Cadangan lokasi pemasangan papan iklan luar dan pelan lakar (artword) visual billboard.
- Salinan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) – dikeluarkan oleh Pejabat Tanah sekiranya tanah milik Kerajaan Negeri.
- Kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya bagi penggunaan tanah milik persekutuan.
- Salinan perjanjian dengan tuan tanah (bagi tanah persendirian) (Jika Berkaitan)
- Kelulusan Lesen Bangunan Sementara (LBS) membina kerangka Billboard daripada Jabatan Bangunan MBPG.
Syarat-Syarat Pelesenan Yang Perlu Dipatuhi
- Pihak syarikat hendaklah menyelenggara papan tanda iklan dan visual papan iklan apabila didapati usang atau lusuh.
- Sebarang perubahan atau pertukaran visual yang akan dipaparkan hendaklah mendapat kelulusan daripada MBPG terlebih dahulu. Perkataan yang dipaparkan hendaklah dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya atau menunjukkan keutamaan dalam penggunaan Bahasa Malaysia serta mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka terlebih dahulu.
- Visual yang mengiklankan minuman keras, rokok dan berbentuk lucah tidak dibenarkan sama sekali dipamerkan.
- Pemasangan papan iklan tersebut hanya dibenarkan dipasang di lokasi sepertimana yang diluluskan sahaja.
- Tidak menghalang pandangan pengguna jalanraya dan papantanda sediaada.
- Sebelum tamat tempoh sesuatu lesen papan tanda iklan, pihak syarikat adalah diperlukan untuk memohon perlanjutan atau pembaharuan lesen berkenaan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan.
- Pembaharuan lesen iklan tahunan hendaklah disertakan laporan dan perakuan struktur keselamatan papan iklan oleh jurutera bertauliah serta salinan Polisi Insuran Tanggung Awam (Public Liability) yang masih sah.
[[{"fid":"3276","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"field_deltas":{"5":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default","data-delta":"5"}}]]
[[{"fid":"3277","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false},"type":"media","link_text":null,"field_deltas":{"6":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":false,"field_file_image_title_text[und][0][value]":false}},"attributes":{"class":"panopoly-image-original image-style-panopoly-image-original media-element file-default","data-delta":"6"}}]]
Sumber Rujukan : Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar (GP021)