Skip to main content

MBPG melalui bahagian landskap telah berjaya meraih kejayaan pada 2023 melalui karya dan dokumentasi dibawah kategori Kerajaan – Anugerah Inisiatif Hijau bertempat di Westin Desaru yang di sampaikan oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh MBPG kepada komuniti taman terutama inisiatif kejiranan Hijau yang melibatkan inisiatif Kebun Bandar, Sistem Pengumpulan Air Hujan dan Kompos. Program kecil yang berimpak besar memberi sumbangan besar kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Keunikan dan keunggulan MBPG adalah dilihat sebagai kawasan perindustrian yang menggunakan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 sebagai penanda aras untuk berkolaborasi bersama penduduk dan pemegang taruh di dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan. Tahniah untuk Team Landskap dan MBPG

27 MAY 2023

PROJEK : COMMUNITY GARDEN PASIR GUDANG

AWARD : MLAA HONOUR AWARD 2022

CATEGORY : GOVERNMENT – GREEN INITIATIVES AWARDS

image