MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
KENYATAAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
- Tawaran Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat berdaftar dan orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
Bil / Kod Tawaran | Keterangan Aset | Kuantiti | Harga Simpanan (RM) | Deposit Sebutharga (RM) |
001 | Nissan X-Trail No. pendaftaran : JQX 1710 Tarikh keluaran : 2011 | 1 | 19,000.00 | 10% daripada harga tawaran atau RM5,000.00 mengikut mana yang terendah |
- Aset boleh dilihat pada 09 MAC 2021 (SELASA) hingga 16 MAC 2021 (SELASA) di antara jam 08 : 30 Pagi hingga 04 : 00 Petang (Waktu Pejabat) di : Tempat Letak Kenderaan Majlis Bandaraya Pasir Gudang
- Tawaran Sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebutharga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW PA – 25) yang boleh diperoleh di alamat seperti di Para 5. Tempoh sah laku tawaran adalah 90 hari dari tarikh sebutharga ditutup.
- Semua Tawaran dengan maklumat lengkap hendaklah menggunakan sampul surat saiz A4 beserta deposit sebutharga dan ditanda dengan No Kod Tawaran dibahagian atas kanan sampul (cth: KOD Tawaran : 001@002 (1 Unit Aset Sahaja) atau KOD Tawaran : 001&002 (Kedua-dua Aset) dan dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat : Unit Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
- Borang/Naskah tawaran boleh diperolehi semasa waktu pejabat dari Unit Pengurusan Kontrak , Majlis Bandaraya Pasir Gudang dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM10.00 (tidak dikembalikan) di atas nama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Pasir Gudang dalam Bentuk Wang Tunai.
- Tarikh Tutup Sebutharga pada 18 MAC 2021 (KHAMIS) jam 12 : 00 tengahari. Tawaran Sebutharga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Jika ada sebarang kemusykilan mengenai aset-aset di atas bolehlah menghubungi Jabatan Kewangan / Jabatan Khidmat Pengurusan atau Unit Pengurusan Kontrak di talian 07-2547777